Pages

Total Pageviews

Jun 13, 2011

Emmmmmmm





malam tadi
sungguh dingin,
hembusan angin yg lembut.
meyebabkan helaian rambutku menari..
oh.
sungguh asyik.
alangkah indahnya.
jika ada yg memeluk..
oh.. dakapan mesra.
smbil jemariku diramas,
oh. bibirku mnggigit sesama sndiri

pang!!

gatal! nak kawen sgt da ke?
kate mak aku.

haha.

Oh Angin :)

Oh Angin. 
Kenapa kau hembus rindu darinya sampai ke sini?
sudah-sudah lah angin.
Aku bukan untuk dirinya lagi.
Hembus lah angin yg baru, segar, untuk ku hidu,
aku perlukan itu.


:)







Jun 12, 2011

why?

sampai sekarang aku tak faham.

 kenapa ya? 

kalau nak jual kereta secondhand, kene letak tong minyak atas kereta tu?

 ada siapa2 boleh jelaskan?




oh., ini buah hati aku



Jun 10, 2011

awak nak jadi teman saya ke kenduri perkahwinan?

hari ini hari sabtu. 

biasalah, 

kalau hari minggu dan pada tahap umur aku 20 an ini, undangan perkahwinan memenuhi jadual hari ini. aku suka pergi kenduri kahwin. bukan apa, ada perasaan lain macam bila aku yang masih bujang ini, memandang pasangan pengantin nanti.

rasa mcm aku yg bersanding gamaknya? haha. 


tapi, aku mesti berteman kalau ke mana-mana kenduri, kalau kesorangan aku jadi tak tentu arah dan terpinga-pinga. bagaikan semua mata melihat kedatangan aku yang tidak berteman. mesti ada mulut mulut yang mengomel.
#ish anak sapa lah tu datang sorang2 tak berteman,


inilah perkara yang bermain di dalam benak fikiran aku , setiap kali menghadiri kenduri. tapi, ia ditentang keras oleh teman sepejabat ku, sambil ketawa berdekah2 bila aku menyuarakan kerisauan aku itu. dan dia berkata

#ezan,aku rasa takde sape pon perasan kau datang., hahhaa

aku pon mengakuinya sebenarnya, entah siapa yang perasan aku datang. kalau ada pun, orang yang mengenali aku. haha, kalau lisa surihani tu lainlah . ni ezanidma? siapa yang kenal? haha. tapi entah kenapa perasan tu terlebih2 walau hakikatnya, aku tidak penah tak berteman kalau ke mana2 kenduri. 




# bilalah nak dapat teman yang setia dengan aku  yang boleh menenmani aku ke mana sahaja ya? oh , maksud aku suami. haha


harap2 aku ikot tema.

Jun 9, 2011

Kedamaian aku dihancurkan

dimalam yang indah.
aku bertemankan komputer peribadiku...
broadband celcom ku.
bermuka buku
melyn rakan2..
melayan permainan masa kini
melayan kuiz2
bertemankan secangkir Teh stawberry.
sungguh indah.
terasa seperti berade di ladang teh
di sebelah ladang teh ade beribu2 stawberry.
ohhh..
ingin sekali ku petik stawberry itu dan sumbatkan satu persatu
kedlm mulut mungilku.
oh. mungilkah?
tiba2.
kedamaian aku dihancurkan.
dimusnahkan.
oleh sesuatu yg amat kejam.

















aku janji aku akan bunuh kao CICAK!!!!

sialan.





Jun 8, 2011

Ladies.





Walau cantik mana pon kau.
walau cool mana pon kau
walau cerdik mana pon kau
walau cun gile babi mana pon kau

kau takkan dipandang tiggi kalau kau rampas hak orang.

Maksud aku. Suami orang.

Kalau isteri pertama dia setuju, takpelah. 

Faham?

Kalau dah jodoh nak buat macm mane, 

betul gak . jodoh dtgn tuhan,


ala , laki bujang melayu ramai lagi der, 
diorg masih serba boleh.





p/s juga buat lelaki yg dah ada isteri tapi menggatal dgn perempuan lain sdgkan isteri dia dah jadi yang terbaik. Lu org tak cool der.




YAALLAH YA TUHAN KU. Jauhkan lah aku dr rampas hak orang. aminn

Jun 6, 2011

GYM



petang ni aku nak g gym. aku tekad nak kurus . HAHA

jangan jadi mcm kat bawah ni dah la.


















inspirationalefeks Tegoda tak?





Jun 4, 2011

Jaga-Jaga Dukung Baby Baru lahir






minggu lepas. 


aku pergi cameron highlands. ada hal sikit. lepas tu, aku singgah rumah teman lelaki aku. maksud aku bekas. bekas teman lelaki aku. hubungan aku dgn family dia agak jernih. hubungan aku dan dia? ehem. ehem. ehem. 

baiklah. bekas teman lelaki aku ni family dia ada gerai makan. jadi disamping aku tolong amek order, lap2 meja, aku tolong juga pegang baby. maksud aku anak kepada kakak dia. aku kan suka baby. onyonoynoynyo comey sangat baby. itu sahaja yg aku pandai buat. customer lalu lalang tengok kepandaian aku pegang baby. Bangga aku.

biasanya kalau gadis sunti macm aku ni pegang baby. org akan ckap,

- pandainye pegang baby... dah leh kawen
- wah wah mcm ade pengalaman je..


tp,lain pula jadi kalau aku pegang baby.tgh aku pegang baby, ade makcik sorg datang sambil tersenyum lebar dan berkata.

Comelnye baby, awk dalam pantang ke? bape hari? -_-


Nampak tak ketidakadilan di situ? 

kesimpulannya, memang aku kene diet sikit. 




P/s : Cameron itu sejuk, Tahu?

Jun 2, 2011

Its Friday.


Dunia ini sudah penat,
Penat menongkat,
semakin hari semakin berat.
tanda kiamat sudah dekat



disaat kita sedang gembira, jangan kita lupa dunia ini bukan selamanya. 
hari ini hari jumaat. berkongsi tanda kecil kiamat.

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
2. Zina bermaharajalela.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
10. Bulan sabit kelihatan besar.
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.


kepada yg mendoakan kesihatan saya, saya doakan anda dirahmati Alllah swt. Marilah kita persiapkan diri kita untuk menghadapi hari kiamat. semoga tuhan merahmati kita semua. peringatan pada diri sendirii dan dikongsi pada anda semua. 

amin.