Pages

Total Pageviews

Jan 24, 2012

kenangan menonton bola sepak.

Kali ni, kite nak cerita pengalaman kite pegi tengok bola sepak. Kita suka tengok bola. Maksud kita bola sepak, Bukan bola lain. Bila kite tengok bola kite selalu usha awk. Cara awak berlari, cara awak mnggelecek, cara awak merebut bola, kite rasa awak sngat sejuk (baca : cool ) tau. Sejuk sangat. Hikhik. Kadang2 kita saje je jerit ‘’woi tak reti main ke’’ dekt pihak lawan, bila awk terjatuh kene tackle. Geram tau kita dgn pemain bola no 8 yg jatuhkan awk hari tu. Nasib baik awk takde apa apa. Kalau tak kita rembat pemain yg jatuhkan awk. Kita bukan boleh org aniaya awak.

Bila awak jatuh, mula lah refree yang boroi tu bagi awak free kick. Kita semangat tau bila awk yang akan menyepak. Kita jerit jerit. Lepas tu pihak lawn 4 org berbaris depan awak, smbil tangan tutup tutup bhagian seluar bwah perut. Kita naik heran juga. Apa tah yang diorang tutup. Kita pon pelik.  Kita main  netball takde pulak kita tutup mcm tu. Bila kita Tanya awak , awk malu tersipu. Rasa nak siku je tau bila awk buat muka malu mcm tu. Hikhik

Bila awk sepak, gaya dah ada, mcm RVP tau,Siap amek jarak. Sekali awk sepak,tersepak angin. Hikhik. Masa ni kita ketawa je dlm hati. Org lain ketawakn awk , tp kite tetap ketawa dlm hati. Sbb kita taknak jatuhkan awk masa org tgh mentertawakan awk. Kiki. Refree pon bagi peluang lagi sekali . awk pon semangat nak sepak. Bila awk sepak tndangan awk tah mcm mana boleh melambung tggi. Kita rasa awk terlampau confident sgt sbb kite tgok awk. Kite faham. Awk tayah rase bersalah sangt.

Leps tu tah mcm mana pulak lagi skali  awk sepak dr corner. Semua player masing2 meredah antra stu sama lain sb nak menanduk bola dr tendangan awak, ada yang menyelit ada yang lompat lompat. bila awk sepak, bola tu terkeluar pulak ke belakang goal. Kihkih. Apa la awk ni, kita tau la awk gabra. Jangan lah smpai begitu sekali sepakan awk senget kan.

Lepas habis game awk terus meluru kat kite. Kita lap peluh awk dengn tisu kita ambil kat rumah.  Lepas tu awk cakap terima kasih kat kita. Kita pun senyum bangga sebb awk hargai kedatangan kita walaupun sbnrnye kdtgn kita mghancurkan performance awk. Hikhik

Ok la awk. Kita nak balik. Mak kite pesan suruh balik awl sbb kita tak basuh pinggan lagi. tisu yg ada peluh awk ni kita simpan dlm purse kite. Bye awk. 



p/s : sory la kali ni aku gedik sikit guna kite kite

Jan 7, 2012

Elisa Azura dan Asetnya

Petang itu sungguh indah, Elisa Azura menyarung kasut sukan yang baru dibelinya di kedai yang terletak di hadapan stesen bas baru. dia membongkokan badannya yang lentik manakala tangan nya ligat mengikat tali kasut dengan lemah gemalai. Elisa Azura nekad. Hari ini dia ingin melunaskan kata- katanya yang ingin berjogging. sudah sebulan lamanya dia meninggalkan jejaka tough di sana.

Sebelum keluar, Elisa Azura sempat memandang cermin sepam dua, barulah dia sedar maksud kecantikan smula jadi apabila dia tersengih melihat cermin. Malunya bukan kepalang kerana terasa seprti memuji diri sendri. tapi elisa peduli apa ye dak. kalau dia tidak memuji dirinya siapa lagi. Nak harap kawan baik nya si Nen Farzen Eylana itu memang tidak penah lansung tersembul di mulutnya. 

Setibanya di taman  Elisa Azura  berlari lari anak. Dia terasa bersemangat kerana dia dahulu merupakan juara berturut2 merentas desa di sekolahnya. Di Taman itu terdapat tasik yang sangat indah di tengahnya. jadi tidak hairan lah jika ramai membawa jala, joran dan sauk ke taman ini. aktiviti memancing juga turut dijadikan hobi. elisa azura meneruskan larianya tanpa mempedulikan jejaka yang berlari terhencut2. bangga sungguh azura dapat melintasi mereka. maklumlah kasut baru, cengkaman juga kuat ye dak. kahkah.  Elisa Azura  terketawa berdekah-dekah.



Tiba2 Elisa Azura tesentak . seperti ada sesuatu yang melanggar punggung montoknya. dia menoleh kebelakang. seorang apek tua . ditangannya memegang sauk yang pemegangnya diperbuat dr kayu yang panjang . Apek tua itu tersengih memandng nya smbil berkata ''sory amoi tarak nampak lu lalu tadi. elisa azura tersenyum sinis, malu tidak terhingga. sauk yang dipegang oleh apek itu tercucuk punggungnya. masakan tidak nampak punggung yg sebesar ini. bisiknya di dalam hati sambil meneruskan larian . merah mukanya. 



bukan apa. risau juga dia jika asetnya ini tercalar, aset yg di jaga utk bakal suami nya. tiada siapa dapat menyentuh selain suaminya. kata Elisa Azura dalam hati. setibanya elisa di rumah. dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya. difikir ibunya akan mencari apek itu, tetapi jangkaan nya meleset kerana ibunya ketawa berdekah seperti tiada esok hari. elisa hanya mmpu berkata, ''gelak la mak. nanti punggung orang leper baru mak tau. aset ni mak, aset!

Jan 4, 2012

Bangkit






putus cinta itu adalah satu perasaan yang perit
lebih teruk dari rasa cirit birit
lebih parah dari penyakit berjangkit
ianya perasaan yang rasa macam disiat kulit
malah mungkin lebih sakit?


mundar mandir dalam bilik seperti ada yang tersepit
kejap tengok phone , yelah, mana tahu sidia kembali mengubat hati yang sakit?
Rupa rupa mesej dari maxis katanya dipotong kredit
akibat dari pinjam kredit dua ringgit
hampa hati lagi lalu handphone di campak ke karpet
patah simcard konon takkan kisah itu diungkit

Wahai gadis ayuh kau bangkit
biar kan dia, lupakan dia, jangan dikenang walau sikit
tunjuk kita kuat walau sebenar kita rasa sakit
percayalah gadis, 
tuhan sudah menyediakan jalan yang terbaik.

cc to : Perawan