Pages

Total Pageviews

Mar 29, 2012

Aku dan daun semalu

Masa aku kecik kecik dulu, masa sekolah rendah, masa aku belum mempunyai apa2 bonjolan di mana2 bahagian tubuh, masa aku belum mengenal apa itu cinta, aku selalu pk dan heran kenapa daun semalu tu kalau aku sentuh dia kecut.

kalau aku dengan geng geng masak masak aku main tepi padang takraw yang banyak daun semalu tu, masa kitorg tengah petik daun daun pokok bunga raya utk buat bungkus lauk yg terdiri dari daun jugak, aku mesti akan duduk sentuh semalu tu.'

bila aku dh sentuh , aku akan tggu dan tengok dia kembang balik. aku nak tengok dia kembang mcm mana, dan berapa lama dia amek masa utk kembang. tapi sebenarnya tak pernah berjaya. lagi aku tengok lagi dia kecut. pernah aku buat2 pndang tempat lain sbb konon kawan aku cakap daun tu tak kembang bila org tengok dia. smbil aku buat2 pndg tmpt lain, aku jeling gak tengok dia kembang ke tak. kakakaka.

dan tak jugak kembang


:(

sejak hari tu aku sedar aku dengan daun semalu memang takde kimia.


P/s : Ada tak apa2 bende dlm dunia ni kalau kite tengok je dia leh kembang? ada? k tanye je.

Mar 22, 2012

Persahabatan yang berakhir.

kenangan yg lalu mengusik aku.
kita berlari, 
disekeliling pantai,
menyanyi lagu kegemaran
bertemankan gitar kapok,
bertemankan kuaci bunga,air coca cola,
itu kebiasaanya,


pasir pantai itu
jadi saksi antara mereka dan aku
bergembira , menjerit, tak peduli siapa yang lalu
kerana indahnya persahabatan kita hanya kita yang tahu.


dan akhirnya, aku memusnahkan segalanya
mereka pergi tinggal kan aku serta merta
tiada siapa yang faham rasa
tiada siapa yg ingin bertanya
tiada siapa yang mahu berkongsi duka
yg sentiasa dengan aku, adalah air mata.



terjelopok jatuh,

bila mana perhubungan yg utuh
terus dibuang tanpa sebab yg kukuh
tanpa sedikit perbincangan , hanya kata2 yang membuat aku bertambah rapuh.


Ya tuhan,

aku gembira,
melihat mereka gembira di sana
aku disini hanya menanti
mereka yang sudi
menjadi kawan sampai mati.








ikhlas dari hati, 

Ezan Idma 23mac2012 12.54pm

Mar 20, 2012

Surat Amaran Pertama



Per : Surat Amaran Pertama 


Kehadapan adik adik lelakiku (tiga org semuanya)

Assalammualaikum. diharap adik2 lelaki akak sihat sejahteralah hendaknya. yang mana baru balik sekolah tu, jangan letak baju sekolah dekat atas kusyen ye, letak terus dalam mesin basuh. karang kalau tertinggal basuh baju kamu, mula lah ada alasan kamu taknak pergi sekolah keesokan harinya.

beginilah, adik adik sekalian. di sini akak nak buat luahan perasaan sikit memandangkan ini ajelah medium akak untuk melepaskan luahan yg terkandung di dalam jiwa nurani akak yang lembut ni.

nak ringkas kan begini je lah , nak cerita panjang lebar karang tak guna juga, sbb adik adik masing2 suma masih belasan tahun lagi . jadi, mana lah tahu erti tersirat ye dak?

ok. tahukah adik adik sekalian, gaji yang akak dpt bulan bulan dari pekerjaan akak menjaga konkrit, berapa persen daripadanya akak gunakan untuk mmbayar piring yang tergantung di luar rumah? dan tahukah juga adik2 tv senipis biskut hupseng itu adalah dari duit hasil titik peluh mak dan ayah berbisnes? oh jika adik2 tak tahu, ini lah yg akk nk beritahu.


jadinya konflik yg berlaku disini ye adik2 sekalian, 


1. adik adik telah membuat ayah kecewa dengan buletin utamanya
2. adik adik telah membuat mak kecewa dengan gerak khasnya,
3. adik adik juga telah membuat kakak kita yang sulung kecewa dengan video  klip terbaru di hitz.tv nya
5. adik adik telah juga membuat kakak ke 3 adik iaitu adik kepada akak kecewa dengan drama-drama astronya
6. adik adik juga telah membuat adik bongsu kita kecewa kpopnya.
7. bagi diri akak pula, akak telah kecewa dengan adik2 sebab akak tak dpt mngalirkan air mata akak dgn  drama cerekarama tv 3 setiap sabtu. 

ini kerana adik2 terlalu menumpukan pada satu saluran di mana saluran yang menyaksikan segala jenis liga liga juara, epl,espn, axl akulah kekasih mu, dan sebgainya. 

bukan akak tak kasi adik2 tengok saluran itu, kakak juga kadang2 gembira dgn saluran itu kerana mungkin kakak faham seruan kerajaan ''majulah sukan utk negara'' . dan juga bila menyu mula menunjukkan belang nya,  selain itu abang ba akak ( merangkap bakal abang ipar adik )  juga ada di saluran tersebut. setelah puas dengan saluran yang dinyatakan tadi, adik adik terus menyambung siaran wwe, wwf, dan www.sukahati.com. 

tapi kalau dh yg ulangan pon adik2 tengok tiap hari, payah juga akak nak faham apa jenis minat entah adik2 smpaikan hari2 pon adik kene tengok ulangan yg sama

ye... akak tau... akak faham... yang sorg minat chelsea, yg sorg liverpool, yg sorg lagi mhancaster. 

tapi kdang2 hidup ni kita kene warna warnikan adik2, payah juga kalau hidup asek dgn bola aje

jadi bila akak dapt aduan dr mak kita merangkap penolong pengerusi keluarga, berkenaan perangai adik2 yang telah mmbantutkan cerita gerak khas mak, mak telah mencadangkan agar memotong saluran tersebut dan hanya meninggalkan saluran family shaja.



amboi kejam kan bunyinya? 



nanti kalau adik2 hanya tengok tv 1, 2, 3  astro ria, prima, tak ke malu adik2 dgn kawn2 adik yang boleh jerit goaaaalll  kat rumah? bukan apa, ia juga sebagai persediaan adik2 juga dari segi mentaliti untuk bertimbang rasa dengan bakal wife adik2 nanti setelah adik berumahtangga kelak.

jadi disini sbelum akak meluluskan permohonan mak kita, adik2 pndai2lah bahagi masa dan saluran dgn adil ye untuk sluruh seisi keluarga, kerana tv dan astro itu adalah hak milik idma sekluarga.


Majulah cerekarama untuk tv3.

sekian


amboi kemain

mcm model tak jadik taww


hero-hero idma. yang paling gagah tu abang kawasan tau. kakakaa


Mar 14, 2012

entry gua ni sweet tak?



Kawan itu bermacam macam definisi pada setiap individu. Bagi aku pula. ia simple. selagi kau rasa kau kawan kepada seorang kawan, kau tetap kawan kepada seorang kawan? faham? tak faham? ok aku pon tak bape nak faham. kahkahkah. jadi untuk membuat kan korang lebih faham apa yg aku nak bagi korang faham dengan apa yang aku tak faham tadi. jadi korang baca dan fahamkanlah sampai kau orang faham. k faham? eh berapa banyak faham pada ayat tadi? k bagi jawapan pada kotak komen.




Bagi aku. kawan itu bukan di nilai dari kurus atau gemuknya bentuk tubuh badan.





ia juga bukan dinilai dari hitam atau putihnya kulit . kalau dinilai ikut kulit, yang hitam kawan gn hitam , yg putih kawan gn putih. ah punah la dunia ni.




ia juga bukan dinilai dari kerinting atau lurus nya rambut . rebonding ke curl ke, selagi kau berkawan, kau tetap kawan




Kawan itu di nilai dari bila kau typo, membe kau ramai2 bahan kau typo dan gelak sama sama








ia juga dinilai bila kau dengan kawan kau boleh bekup team yang sama dan pada masa yg sama boleh kutuk team lain sama2, tapi kalau lain2 team pun boleh berkawan juga kan? kikikiki





dan paling penting definisi kawan bagi aku adalah kawan yang boleh share masalah dengan kita, dan tutup aib kita seadanya.



Jadi entry ini sebenarnya, khas untuk Fazren yang  sentiasa ada utk aku, sentiasa merajuk dan walaupun aku yg selalu memujuk dia, aku takdehey sebb dia punye merajuk sekejap je dan sememangnya nmpak dia memerlukan aku bukan? kakakkakaa

15 March 2012. Umur lu dah cukup 22 tahun. gua doakan lu sentiasa muda walau pun umur 50 nanti. gua doakan lu sentiasa beri yang terbaik buat diri lu sendiri buat kawan2 lu yang paling penting buat family lu.

Gua doakan lu dpt jodoh yang boleh jaga lu seperti mana family lu jaga lu. Lelaki yang mengecewakan lu adalah lelaki yg mengecewakan gua juga. tapi bukan lah bermksud kita kongsi lelaki yg sama. faham?

Gua doakan lu dipermudahkan dunia & akhirat,

Gua tak tau lah nak bg apa dekat lu bagi lu gembira di hari jadi lu jadi gua berusaha contact Dani mintak tolong dia lukis kan gmbr ni semua. sebab kalau gua lukis org lidi serupa biawak jadinya. 

jadi dengan bantuan dani, gua boleh mnghasilkan entry ini dengan bantuan gambr superb comel ni, dan jutaan terima kasih gua ucap pada dani yang sanggup luang masa layan kerenah gua semata utk lu. 



skrg ni gua nak tanya. entry gua ni sweet tak? 

Sila jawab dengan jujur. kahkahkah