Pages

Total Pageviews

Oct 4, 2013

Trip - Bintulu - Gua Niah - Miri - Part 1


Assallammualaikum

Seperti yang dikaborkan pada entry yang lepas, maka bersedia lah enkorang semua dengan entry yang berunsurkan semangat kesukanan dan majulah sukan untuk negara. kahkah. 

part 1 ni aku cerita masa dekat bintulu dulu sebab kalau nak masuk semua dalam satu entry dia dah tak jadi entry dah, dia jadi surat khabor. paham?

jadi kami menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia yang murah nak mampus masa ni sebab promosi. pergi balik bintulu-miri cuma RM181.00 sekepala tidak termasuk no telepon pilot hensem atau pramugara kakaka. 

Jadi kami pergi semua sekali 8 orang. daripada LCCT 20sept flight pukul 06.45 jadi sementara nak tunggu pukul 06.45 tu kitorang memang tak tidur, balik kerja terus lepak dekat Canai Cafe ss15 sampai lah pukul 4 pagi terus pergi LCCT. dengan muka tak tidur nya. masa ni kalau terserempak dengan pilot kat LCCT harap harap dia berkenan la muka natural beauty aku. kahkah


disebabkan ni kali pertama aku naik kapal terbang dia punye eksaited tu over gila. yelah umur dah 25 baru naik kapal terbang. sedih betul. So jom lah layan gambor orang yang pertama kali naik kapal terbang ni.

Baru sampai LCCT dan baru parking. muka mengantuk tapi over excited.
sebelum naik flight. gambor tak berapa nak clear sebab pukul 6 stgh pagi time ni, punya la teruja nak bergambor dengan kapal terbang. 


haaa korang ingat korang je ada gambor sayap kapal terbang disebalik awan? kahkah


Akhirnya sampai jugak bintulu . perjalanan dalam 2jam je.

Gambar dari dalam flight.

Masa kat Bintulu Airport turun turun je selok amek gambo last last kene sound dengan crew airport,kakakaka kedekut betul. 



Disebabkan kami sebenarnya nak jumpa kawan kami, Nazrol yang memang bekerja di Sarawak, thats why la kitorang turun bintulu sebab tempat kerja dia dekat Bakun, dan bandar terdekat adalah bintulu. Tapi lepas je purchase tiket and dh buat payment Nazrol kene transfer ke sabah dan tak dapat cuti. sedih betul. lepas tu air asia tak bagi tukar location, cuma boleh tukar tarikh. disebabkan memang ni je tarikh yang semua orang sesuai, maka kami meneruskan lah perjalanan kami tanpa dia, tak cukup corum tapi nak buat cmne ork. 



But yang paling best Nazrol belanja kitorng transport! sampai sampai je kat sana dah ada Kawan kepada dia, nama dia Gab tggu kat Bintulu Airport nak jemput kitorang siap bawak van besar gila kao. haha


Puas hati kan! haha


So bila gab handover van ni kat kitorang maka bermulah lah perjalanan sdn bhd kitorang dekat bintulu. Kene search tempat makan sendiri dan semuanya sendiri. nasib baik jugak nazrol dah bagitau kat mana nak makan kat bintulu, apa yang sedap so takde la terkinja kinja sangat . haha

Disebabkan dah booking awal awal hotel, maka kitorang cuma perlu check in dan bayar sahaja. Hotel pertama di bintulu yang kitorang tidur ialah Hotel AA in rasa nya memang betul betul terletak di Bandar Bintulu. 


Nampak dari luar macam biasa je kan?

AA inn Bintulu  ni aku tengok dari luar macam biasa je, ala lagi pon budget hotel kan, tayah la nak excpet lebih lebih ork. kahkah . Tapi bila masuk je dalam bilik dia, pehhh boleh tahan jugak. 



Ni reception

Unik gila bilik kat sini, tak main la pakai nombor, nama jepun tau hakhak


Ni family room. besar gila. tilam dia pon sedap. 



nampak tak besar macam mana. antara pintu dia ke tempat tidur boleh main futsal. kakaka. 



Bilik air


So far bagi aku AA inn ni best dan harga dia berpatutan. kitorang amik Family room RM90 satu malam dan standard room dua bilik. Standard room RM60 per night. Total untuk 3 bilik cuma RM210 sahaja. Tapi yang aku tak berkenan ialah, pintu bilik air dia sangat transparent. boleh nampak semua bentuk tubuh badan kita kakaka. 

Lepas checkin perut dah mintak makanan. so apa lagi ni memang tujuan asal kami pergi ke bintulu sebab nak makan and jalan jalan je, esok hari baru mencabar sikit. So kami makan dekat kedai berdekatan .. Popular corner tak silap aku nama kedai ni. 

first menu yang kitorang cuba semestinya mee kolok sarawak. dah lama teringin. Memang terbaik la mee kolok ni bagi aku. 

Ni mee kolok special, so dia siap ada perut la., semangkuk RM6

Ni antara air yang diorder. Bandung jagung dan Readbean susu c ni aku tak sure berapa . tapi sedap. 


Lepas makan , petang tu kami ke Pantai Temasya bintulu lepak lepak sambil bergambar









Dan malam nya pulak acara makan makan besar dekat Pondok Samudera , Bintulu. Yang aku suka pasal tempat makan ni ialah dia punye tempat duduk santai je. Makanan pon sedap . takde lah mahal sangat.














 
Santai kannnn




Midin Belacan
Disebabkan aku tak sempat snap lepastu dah habis midin belacan ni. jadi aku pinjam gambo dari blog ni. Sedap jugak midin belacan ni. rasa macam pucuk paku. first time makan.

Sotong goreng tepung dia sedap

Ikan siakap stim halia
 Gambar makanan lain tak sempat aku nak snap . lapar sangat dah ni. jadi konklusi nya

1) Ikan siakap stim halia
2) Ikan sebelah masak 3 rasa
3) Sotong goreng tepung( 6 ekor sederhana besar)
4) Midin Belacan
5) Nasi putih sepuluh orang makan
6) Sirap limau satu jag 
7) Kailan ikan masin

Total : RM150++ . 


Lepas makan kami balik tido kroh kroh. Sebab esoknya perjalanan kami  sangat panjanggg.


To be continued...



17 comments:

  1. semua harga percutian berapa ratus?

    ReplyDelete
  2. dugaan je kan.. elok dh dpt tiket kwn pulak kene tukar tmpt keje.. hehe..

    syok ooo tgok org naik kpl tebang..
    saye xprnh naik lg.. umor dh 28taon.. hoh

    ReplyDelete
  3. sile sambung story ini ye ezan :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ezan. bestnya trip dengan kengkawan. tak sabar nak jejak Sabah tahun depan. heeee

    ReplyDelete
  5. Bestnye bercuti, part yang num phone pilot tu, Jue like byk2.. hahaha
    ps: kenapa tak ejas sorang?

    ReplyDelete
  6. baguihnya nk pi gua niah..teringin sejak dulu

    ReplyDelete
  7. woooo seronoknyaaaaaaa. huhuhu

    tak pernah jejak lagi sarawak. huhu. hopefully one day :D

    makanan nampak sedap dan murah!

    ReplyDelete
  8. Wadi AR : dalam 500 wadi sorang kalau shopping sekali

    Puan Ezy : tu la kan, redho je la haha


    CaDLyNN : will do awak!

    Sheila Salim : waa bestnya g sabah, sy tak pernah pegi lagi

    Derella : hahaha tak sempat nak ejas

    pembaris : jom la repeat hihi

    J.Syazwana:s seronokkkk


    ReplyDelete
  9. nanti kita ke sana lagi sesama ye awok. XD

    ReplyDelete
  10. Awak, sheila tak pastilah dapat pergi ke takk. masa tu lepas pantangg. takkan nak tinggalkan baby kecik tu... tak sanggup haihhh :(

    ReplyDelete
  11. eh macam murah je semua makanan yg akak makan tu kan..

    ReplyDelete
  12. bestnya naik flight... tak pernah rasa.. naik sampan pernah la...

    ReplyDelete
  13. Kalau berkesempatan sila2 lah berkunjung ke kuching pulak..hehe..:)

    ReplyDelete
  14. As salam penulis blog..Kalau nak sewa van dari kawan nama Gab tu brapa ek? dari Miri boleh? Thks

    ReplyDelete
  15. as salam.ada tak member sewa van dari miri-brunei.boleh email saya nice_20822004@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. as salam.ada member sewa van ke miri-brunei tak.boleh email nice_20822004@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. It іs not my first time to pay a visit this ѕite, i am visiting
    this web page dailly and obtain good facts from here everyday.

    officіal statement : How To Learn To Lock Files In 1 Hour

    ReplyDelete

komen itu penyegar jiwa